Okayh. I’m blogging this midnight because...
Dah janji dengan mereka berdua untuk memecahkan tembok kejahilan selama ini
dengan sesuatu yang baru. Okaylah. Maaf kalau pendapat saya malam ini agak
merapu. Al-maklumlah, tengah malam. This entry want to discuss about High Order
Thinking Skill (HOTS). Okay,, isu panas, terbakar, hangus, rentung, asap.
Calon-calon SPM memang akan panas (UPSR tak tahulah ade ke idok KBAT tu).
Bercakap sebagai seorang yang waras, setiap
keadaan ada hitam putihnya, betul salahnya dan baik buruknya dan jujur, saya
sebagai seorang pelajar,, agak panas apabila isu KBAT diperlekekhkan. Maaf.
Berbicara mengenai KBAT,, pelajar akan rasa, “Ah, kerajaan hanya bazir masa!”
“Zaman diorang dulu tiada pun KBAT tu semua” “Perlukah menyusahkan kita semua
dengan KBAT semua tu! Menjatuhkan pelajar sahaja”.
Maka, saya tertarik untuk mengeluarkan
sedikit pandangan. Kawan-kawan, saya mengajak anda semua membuka dewan
perdebatan. Oops. Maksud saya, dewan penurunan persepsi. Saya mengajak anda semua
membuka minda. Kita berfikir secara waras kembali. Jujur, kewujudan KBAT bagi
saya adalah sesuatu yang ideal dan eksplisit. Pertama, kita berfikir secara
matang, ya? Kerajaan membazir masa? Sejauh mana kesahihannya. Tidak, kerajaan
tidak membazir masa mereka apabila mereka menyedari hakikat sebenar bahawa, IQ
seorang pelajar Malaysia pada umur 16 tahun adalah tidak sewajarnya memiliki IQ
sedemikian melihat kepada IQ pelajar berusia 16 tahun warganegara Singapura,
Brunei. Mereka lebih maju. IQ mereka lebih tinggi. Justeru di manakah kedudukan
kita sebenarnya?
Beginikah yang kita inginkan? Beginikah
yang kita sibuk ulaskan dalam karangan Bahasa Melayu “berdiri sama tinggi, dan
duduk sama rendah dengan negara maju” sedangkan usahanya tidak ke arah itu. Atau
kita hanya mencoret di atas kertas semata-mata untuk mendapat gred A yang
menjadi kebanggaan. Sebagai perintis, kita wajar memahami niat murni
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita wajar berfikir secara bijak. Maaf, ini
bukan entri penyokong tegar kerajaan. Mohon mengerti. Kita cuba membuka minda
sedikit untuk isu ini.
Terkadang, kita sibuk menyalahkan pihak
lain tanpa mengetahui keadaan dan situasi sebenar. Jangan hanya melihat di
dalam. Jangan menjadi hamba teknologi semata-mata. Jangan menjadi katak di
bawah tempurung dan jangan pernah sesekali menjadi katak di bawah gelas kaca
yang hanya melihat tetapi tidak bertindak.
Seterusnya, kita melihat pula, berapa ramai
anak Malaysia kita yang hanya memahami sesuatu secara teori. Saya terasa ingin
tergelak saat ini. Budaya menghafal,, semua boleh melakukannya. Apabila ditanya
mengenai teori, laju sahaja menjawab. Tetapi, apabila diajak berfikir di luar
kotak sedikit, tercengang. Suruh buat praktikal sedikit, kaku. Jangan begitu,
anak Malaysia. Jangan sombong begitu. Berfikirlah. Fakkiru ma’an. Fakkiru
marraran, la’allakum tatafakkarun.
Kita sibuk mengulas, itu payah, ini payah.
Anak-anak di luar sana sudah maju meninggalkan kita beribu batu. (Hey,
senyumlah!). Mereka jauh. Adakah pada saat kita yang memegang tampuk
pemerintahan, kita juga ingin berada di tahap sama? Statik? Atau mahu generasi
kita semakin mundur.
Gerak kerja kedua. Kita ambil satu analogi jika
anda mempersoalkan “ZAMAN DULU TIADA PUN SEMUA INI?”. Haha.. Bro, Sis, zaman
dulu ada tak hologram?? Zaman dulu ada tak telefon pintar? Dulu kita main
telefon bimbit, ada tak Android bagai semua tu?? (JAWAB SENDIRI). Macam tulah
umpamanya. Wujud pula soalan, salah mereka. Kenapa mereka perkenalkan?? Salah
siapa? Itulah al-kisahnya. Di mana mana pun, kita akan sibuk menuding jari
telunjuk kepada orang lain sehingga terlupa empat jari lagi menuding ke arah
kita.
Baiklah, saya jawab. Begini. Adakah anda
nampak, di sebalik kemajuan itu, siapa yang cipta? Malaysia kah? Kita lihat,
mereka semua itu cuba meluaskan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itulah, orang
kata, ilmu tidak akan pernah wujud yang sama. Makin lama, ia akan makin
berkembang. Mereka perkenalkan, atau mungkin lebih patut, kita diperkenalkan,
dengan semua ini, agar kita tidak mundur. Tapi, sayang, seribu kali sayang,
perkenalan dan pengenalan itulah yang membuatkan kita merasa “kejutan budaya”.
Culture shock.
Maaf. Saya mohon maaf. Tetapi, terkadang
kita perlu berfikir secara meluas. Berfikir di luar kotak. Tidak mengambil
justifikasi dan analogi yang mudah. Semua jawapan ada pada kita. Cuma,
terpulang pada kita, sama ada nak, atau tak nak sahaja. Sekian, minta ampun,
minta maaf, sekadar persepsi daripada seorang yang amatur. Bersangka baiklah.
Fahamilah niat dan hala tuju sebenar pihak yang bertanggungjawab.
“Aku melakar kata bukan kerana ingin
menjatuhkan sesiapa. Tetapi hanya ingin melihat kau bangkit tidak rebah.
Seandainya rebah, kau masih punya cahaya sebagai petunjuk. Ingatlah, lilin
harapan tidak pernah terpadam. Carilah”.