Kadang-kadang, hanya dengan 2 perkataan kau mampu mengubah dunia. Mengubah persepsi sekeliling terhadap kau. Tapi sayang. Kau lebih suka menanam pohon ego kemudian terus semai dan dijaga rapi.
" maafkan saya "
" tumpang lalu "
" sayang awak "
" saya hargainya "
" terima kasih "
" jaga diri "
" jaga iman "
Dan banyak lagiii..
Ianya bukan soal berapa perkataan yg ada dalam kata kata tersebut sebenarnya, tetapi ianya soal sejauh mana kita menghormati, menghargai dan peduli akan orang lain. Ianya yang menunjukkan nilai peradaban dan nilai keperibadian dalam diri seseorang. Kadang-kadang ianya mudah. Tapi kita memayahkan.
Kadang-kadang ianya nampak kecil, tapi sebenarnya besar dan memberi impak yg sebenar ke dalam jiwa manusia. Setiap perkataan, kata-kata, memberi impak walaupun sedikit. Kerana itu, bagaimanapun keadaannya, tuturkanlah apa yang baik-baik, pilih dan gunakanlah perkataan yang terbaik dalam mendeskripsikan sesuatu kerana segalanya mempunyai impak. Kerana itu, walaupun hanya dengan dua perkataan, ungkaplah.
Nota kaki:
" kita lebih menjaga apa yang masuk ke dalam mulut kita. Sehingga terlupa untuk menjaga apa yang keluar daripada mulut kita ".
WilayahHati™