18 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan. Atas setiap perkara yang
Kau pinjamkan 18 tahun ini. Yang datang dan pergi. Yang kekal dan yang hilang. Terima kasih Tuhan.
Cuma setelah makin meningkat usia, aku dapat rasa Tuhan, makin banyak hati yang aku perlu jaga sehingga hati aku sendiri tak terjaga. Terlalu banyak perkara yang memaksa aku untuk senyum walaupun dalam hati sakit. Semakin banyak perkara yang memaksa aku untuk tak fikirkan apa yang aku rasa dan terus menerus menjaga hati orang lain.
Semakin banyak perkara yang menyakitkan terus menerus datang. Terus menerus menembak hati. Mencakar jiwa. Bernanah. Berdarah. Membuatkan aku terfikir, adakah memang begini. Manusia semakin hari semakin kejam. Semakin hari semakin hilang kematangan. Semakin hari semakin tak punya hati.
Duhai jiwa yang dipinjamkan Tuhan selama 18 tahun lama nya, kuatlah. Baru 18 tahun kau berada di atas bumi ini. Baru 18 tahun kau menyaksikan realiti hidup. Baru 18 tahun kau berkorban untuk jiwa jiwa yang lain di sekeliling. Maka, jangan pernah penat. Jangan pernah futur. Setiap kebaikan meski sebesar zarah Tuhan hitungkan buat kau, wahai jiwa. Jangan pernah rebah.
Bersyukurlah. Kerana kau berjiwa begini wahai jiwa. Jika tidak kau, siapa lagi? Semoga kau terus kuat. Semoga kau lali. Kerana...
SUDAH 18 TAHUN TUHAN TIUPKAN RASA BAGAIMANA ADANYA JIWA ITU. Hiduplah seperti biasa.
WilayahHati™
The Stainless Steel Double Edge Double Edge Razor | TITanium-Arts.com
ReplyDeleteThe Stainless Steel where is titanium found Double Edge Razor guy tang titanium toner | TITanium-Arts.com. A nano titanium ionic straightening iron genuine vintage classic razor with titanium glasses frames a titanium belt buckle quality edge.