Saturday, December 5, 2015

LIVE YOUR LIFE

Bismillah. Alhamdulillah. Tuhan masih ada belas kasihan pada saya hari ini dengan meminjamkan nafas. Benar kataNya, kalau diminta 7 laut menjadi tinta, takkan pernah cukup untuk menjadi dakwat untuk menulis nikmatnya. Seandainya Allah mengira dosa pahala sebagai alasan untuk hidup buat hamba, mungkin saya sudah tiada atau mungkin semua ummat manusia sedang bertungkus lumus utk menunjukkan kesetiaan mereka pada Dia. Tapi tidak. Tuhan pinjamkan nikmat pada kita utk bagi peluang supaya kita selongkar dunia mencari hidayah namun kita yang selalu tersasar dari jalan kebenarannn (bak kata papazola).

Entri kali ini, judul nya live your life. Sebelum saya mula menghulur bingkisan, saya paparkan suatu bingkisan kata yg saya petik dari sebuah drama yang saya tonton. "LIVE UR LIFE. SMILE if you LIKE. MAD if you dislike. CRY if You HURT."

Kita selalu dengar orang cakap,, lah takde lifee aarhhh. Sebenarnya life tu apa? Entah. Saya sendiri tak tahu nak definisikan sebab lain orang lain pendapat. Tapi bagi saya, apa yang saya faham, daripada bingkisan kata tersebut, ia melatih manusia untuk menjadi MANUSIA. Ya manusia sebenar. Senyum jika suka. Marah jika tidak. Menangis jika sakit. Sudah tiba masanya untuk bangkit daripada omongan kosong sekeliling. Mereka tak tahu kita hadapi. Mereka tak tahu dan tidak berada di atas tapak kita. Mereka tidak tahu apa yangbkita hadapi sehingga kita perlu lakukan itu dan ini. Dan jika kita berbuat baik sekalipun bukan satu jaminan orang akan balas kita baik juga.

Sedangkan nabi yang maasum pun ada yg membenci Baginda. Apa hak kita nak lebih daripada Baginda. TENANG. Baru prolog ini. Apa yang kita perlu hanyalah tetap pada jalan kita jika kita rasa kita benar. Itu sahaja. Kadang kadang teguran dari manusia itu teguran daripada Allah. Ya memang tak dinafikan , sepanjang hidup kita, kita akan jumpa macam macam manusia yg bermulut longkang. Tapi kita kena kuat. Kena tabah. Sebab kita lebih tahu dan Allah melihat kita. Sabar. Tabah.

Percaya sahaja satu saat nanti Allah akan tunjukkan kebenaran. Kita akan jumpa ramai lagi manusia yang teruk daripada yang kita jumpai sekarang. Jalan mudah nak husnuzhon dengan Allah, fikir  sahaja, ini persediaan untuk masa akan datang. 😊 Kadang kadang kita perlu muhasabah balik. Walaupun bukan salah kita, kita kena tengok jugak dan cari kat mana salah kita. Sebab? Sebab mungkin ada celah celah mana yang kita tersilap langkah maka allah cuba tunjukkan dengan suruh kita yang explore. Maka tiada sebab untuk berduka dan merana atas kebahagiaan manusia lain. Teruslah berjalan dan brjuang ibarat aliran sungai yang terus mengalir walaupun ribuan batu menghalang

Ambil wudhuk . Solat taubat . Berdoa. Menangis.

Wallahu 'Alam

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment