Bismillah.
Sebenarnya entri kali ini saya spesifikkan pada karangan umum. Dan sebenarnya boleh guna kaedah ni untuk semua karangan tapi disebabkan saya kurang mahir dalam karangan berdasarkan bahan yang diberi dek kerana tidak suka terikat, maka saya terasa untuk keluar dari perkara tersebut.
Sejujurnya, untuk menghasilkan hasil penulisan karangan yang tinggi kualitinya agak payah dan saya sendiri hanya berpuas hati dalam sekali dua dengan karangan yang ditulis. Insya allah, kita terus kepada kaedahnya tanpa ocehan yang kian melalut.
1. Banyakkan membaca
Okayh, tipulah kalau pandai macam tu je kan. Dalam konteks ni, pelajar kena pandai pilih bahan bacaan dan saya sendiri lebih cenderung untuk memilih Dewan Siswa kerana konteks pemikiran yang diperlukan sebenarnya agak luar dari konteks pemikiran pelajar biasa jadi ianya mendidik pelajar untuk berfikir luar kotak yang akhirnya membuatkan pemeriksa rasa nak baca lagi lepas periksa.
2. Kumpul Kosa Kata Menarik
Jangan malas! Kumpul kosa kata yang bombastik yang dijumpai dan fahami maknanya serta penggunaannya. Misalnya penggunaan kata ideal, progresif, hutan konkrit, tabloid dan banyak lagi yang kita boleh temui. Dan dalam konteks ni juga, tengok kata-kata yang menarik untuk dimasukkan dalam setiap perenggan macam pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara( okay, ini lapuk sebenarnya bagi saya.) Cuba cari benda yang orang jarang guna, sebab bayanglah, pemeriksa tu baca karangan beratus ratus pelajar dan kita paparkan kat dia isi yang sama? Bosan! Saya datangkan dua ayat yang saya agak gemar gunakan,
♡ Jangan mengira kemajuan itu dilihat berdasarkan kemahiran fizikal yang ada akan tetapi pembinaan sahsiah dan keperibadian yang mantap
♡ Jadilah seperti benih yang apabila dicampak kelaut menjadi pulau, dicampak ketanah menjadi padi, dicampak ke langit menjadi kejora.
Payah? Sila baca langkah ketiga. Fast track.
3. Sertai debat atau pengucapan awam
Dalam perihal ini, ianya menjadi katalis pada seorang pelajar kerana dengan penyertaan ini, pelajar akan menjumpai pelbagai info maklumat dan fakta menarik ketika mencari bahan bukti untuk hujah sendiri. Saya mengakui kebolehan dan kelebihan tips ini kerana saya sendiri menyertainya. Ini sekaligus akan mempercepatkan langkah daripada membaca satu demi satu helaian.
4. Rendahkan ego untuk kata "Saya Tak Tahu"
Dalam masalah ini, cuba rendahkan ego untuk kata tidak tahu dengan guru atau kawan kawan untuk menimba lebih banyak ilmu. Kita hanya pelajar. Ertinya KITA TIDAK TAHU. Baca karangan pelajar yang lebih baik daripada kita.
5. Kaitkan Apa yang Dipelajari Dalam Karangan
Berdasarkan usaha kerajaan kearah KBAT, maka cuba kaitkan melalui subjek lain yang dipelajari. Biasanya Sejarah akan lebih suka mengajak pelajar berfikir di luar kotak. Seperti apakah usaha anda untuk blablabla. Maka daripada skema yang kita tengok dalam soalan sebelum ini boleh kita kaitkan dengan karangan Peranan blablabla untuk blablabla. Macam tu. Cuba kaitkan segalanya.
6. PSIKO Pemeriksa
Haha. Ini memang kena pandai. Pelajar kena lebih banyak bermain emosi. Kalau tak suka, tunjuk tak suka tapi jangan sampai salah guna fakta atau kaitkan isu sensitif. Dan mohon jangan sesekali terlibat dengan karangan yang melibatkan pembinaan cerita berasaskan plot epilog klimaks bagai. Pilih karangan fakta! Dalam elemen ini juga, SILA JAGA TULISAN dan tulis besar besar setiap huruf biar banyak kertas yang terguna dan supaya pemeriksa lebih nampak.
Okay. Itu sahaja. Oh ya. Lepas tulis, tawakal dll. Saya tidak akan mengulas panjang mengenai perihal baca doa itu ini, solat hajat dll sebab ianya terlalu klise dan saya yakin semua pelajar tahu hal itu cuma TERLALU BEDEGIL dan tidak sedar. TAHU TIDAK SEMESTINYA SEDAR. RAMAI ORANG TAHU DIA HAMBA ALLAH TAPI TAK SEDAR.
WilayahHati™