Friday, September 19, 2014

Kita Anak Melayu Berdiri Atas Nama

He said "Anak Melayu malas" and I'm admit it.. Bismillah summalhamdulillah.. Salamullah 'alaik.. So this night, it's about what our leader said to us.. Saya anak Melayu. Ya, anak Melayu. Tetapi entah kenapa saya rasa terpanggil untuk memberi ulasan. Bukan kerana terasa bijak tapi inbi hanyalah persepsi.. Persepsi orang berbeza-beza. Jadi, bolehlah... Hormat, kan?? Ngee~~ Berbalik kepada kenyataan awal, itu yang saya dapat tangkap dari apa yang Tun Dr Mahathir katakan dan saya setuju bukan atas dasar politik tetapi atas dasar nasib Malaysia kita.

Jika kita lihat, berapa ramai jutawan di Malaysia ini yang berjaya di bawah nama MELAYU. Saya Melayu, dan saya mengaku, saya mungkin juga begitu. Tetapi mungkin akan ada balasan "Kau cakap begitu sebab itu ialah kau!" Bukan atas dasar itu, pak cik, mak cik, kakak, abang. Tetapi persoalannya kini bagaimana ianya mampu dihalang. Bagaimana mampu kita nafikan jika kita sendiri menguatkan lagi kenyataan itu. Berpeleseran di jalanan. Itu siapa? Sibuk menyedut nikotin walaupun tahu ekonomi sendiri tidak stabil. Itu siapa? Sibuk membeli ganja meskipun tahu tidak cukup wang. Siapa mereka?

Terkadang kita cuba memalukan bangsa kita sendiri. Seharusnya instumen yang lebih bijak wajar dipraktikkan maka tidak wujudlah kata-kata cakap tak serupa bikin. Kita sebagai bangsa Melayu hakikatnya perlu lebih bangkit dan membuktikan, apa yang dikatakan beliau itu salah. Hakikatnya? Kita terus dengan omongan kosong. Retorik. Lanas, di manakah letak hasilnya? Melayu mampu maju. Mungkin kita diperlekehkan dengan kisah Mat Jenin. Tetapi, tahukah kita kisah Mat Jenin itu hanyalah rekaan Barat semata-mata ketika zaman penjajahan Barat dahulu. Mereka mereka pelbagai cerita bagi menjatuhkan kita. Mereka lakukan serangan psikologi dan nah! Kita terpedaya.

epilog Mat Jenin hanyalah kerana dia mati ketika berangan-angan. Secara logikal, jika beliau masih hidup, saya yakin dan pasti, beliau merupakan salah seorang yang berjaya mencatat nama dalam Sejarah sebagai seorang usahaan terkenal. Kita diajar bagaimana "Orang Tamak Selalu Rugi" dengan kisah Anjing dengan Bayang-bayang. Adakah kita tahu itu juga propaganda Barat? Sedangkan Allah berfirman , tamak itu Dia jadikan sebagai sifat mulia dalam surah as-Sajdah. Ya, kita lupa.

Lantaran itu, Melayu perlu bangkit. Bangkit sebangkitnya. Bukan memberontak. Bukan memprotes. Terkadang kita ini hanyalah makhluk yang terlalu banyak berkata. Bukan, begitu?? Justeru, bangunlah dan binalah impian. Cuma satu.. Jangan melakar impian di atas pohon seperti Mat Jenin. Ayuh, kita buktikan yang sesungguhnya, kita MAMPU!! :)

P/S: Sebarang kesalahan boleh ditegur kerana sesungguhnya ini hanyalah persepsi seorang yang dhaif dan masih memerlukan bimbingan. Masih Baru dan merupakan generasi pemikir amatur, terima kasih.

Saturday, May 3, 2014

Contoh Teks Pidato - al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Apreasasi berpaksikan misi dan visi, saya nobatkan buat Nakhoda Perjalanan Majlis yang bervisi , Kombinasi Ampuh Panel Kehakiman yang berintegriti, Penjaga Masa yang setia dengan detik waktunya dan seterusnya saudara serta saudari sidang intelektual yang budiman. Assalamualaikum sambutlah Salam 1 Malaysia daripada saya. Hadirin, hari ini, pertandingan ini, bukanlah pertandingan Pidato Piala Fantasia, maka saya bukanlah Heliza Helmi mahupun Mila tetapi pelajar akademik Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan menerangkan komponen-komponen al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah.

Sidang saksi bermisi,
Sebelum lidah mengalun bicara, molek kiranya jika saya mendefinisikan satu per satu mauduk pidato saya pada kali ini agar dapat memberikan gambaran yang jelas buat hadirin. Saudara, Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke empat , al-Quran membawa makna Kitab Suci Islam manakala pemacu dapat didefinisikan sebagai faktor, unsur dsb yang memacu ke arah kegiatan dan pembangunan. Transformasi pula dapat ditakrifkan sebagai perubahan bentuk dari aspek sifat, rupa keadaan dan lain–lain serta ummah pula dapat disinonimkan dengan umat yakni manusia seluruh bangsa manusia. Hadirin, berbicara mengenai wasatiyyah pula, merujuk Arabic English Dictionary yang dihimpun dan disusun oleh Maan Z. Madina (Prof. Madya bidang bahasa dan Budaya Arab Timur Tengah di Universiti Columbia), 1973, pada halaman 748-749, menerangkan makna wasata, ialah pertengahan atau dalam erti kata lain jika apa pun yang dinisbahkan padanya, ia membawa maksud “pertengahan”, “sederhana”, tidak melampau atau berlebih-lebihan.

Hadirin, perhatian hadirin, pidato saya tiada selingan iklan. Terus kepada komponen pertama., di bawah lembayung kata, “al-Quran Pencetus wasatiyyah Dakwah”. Hadirn, tahukah hadirin ummah wasatiyyah hakikatnya merujuk kepada ummah yang melaksanakan secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman tetapi pada masa yang sama Islam terus dimartabatkan. Memetik firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190, yang bermaksud “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu tetapi janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.” Sidang saksi bermisi, Umat seimbang tidak mengizinkan kelahiran institusi Islam yang radikal dan melampau. Madrasah dan pondok serta institusi-institusi pengajian Islam bukanlah didirikan untuk melatih “para pejuang” untuk melakukan gerakan ganas dan keras atau bertindak ‘membunuh musuh’ sama ada musuh yang terdiri orang Islam atau bukan Islam. Namun, hadirin, hari ini kita melihat bagaimana umat Islam dianggap sebagai pengganas. Mengapa? Hadirin, kita dipandang serong kononnya kerana keganasan dan hanya kerana kesalahan beberapa orang. Nah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Persoalannya, mengapa potensi jasad berbeza-beza? Ada yang menjadi khalifah tetapi ada yang menjadi sampah. Ada yang ke universiti, ada juga yang ke pusat serenti. Ada yang menjadi pejuang, tetapi mengapa masih ada insan yang menjadi petualang?? Tuntasnya, terbangnya belon bukan disebabkan putih, merah kuning warnanya akan tetapi disebabkan gas di dalamnya. Dengan penerapan budaya al-Quran terutamanya kesederhanaan berlandaskan Quran maka menobatkan insan berkualiti dan berfikiran kritis. Tuntasnya, kesederhanaan yang diamalkan dalam Islam adalah bermatlamat mencari kebenaran yang memerlukan roh kesedaran.

Warga Dewan Kluster Ilmuwan,
Hujah pertama berlalu sudah, hujah kedua mengintai megah, yakni berpremiskan, “ Wasatiyyah Tonggak Kemantapan Politik”. Hadirin, saya mengajak hadirin berfikir, mungkin Suruhanjaya Reid tidak menetapkan agama Islam sebagai agama Rasmi, namun begitu kita lihat, Suruhanjaya Reid juga tidak menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Akan tetapi, pada tahun 2001, Dr Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan Islam tidak lain tidak bukan hanyalah berpandukan kepada al-Quran. Ayuh, saya tunjukkan bagaimana dewan harus percaya akan mauduk kita pada hari ini. Pertama, kita tinjau bagaimanakah sistem politik di Malaysia? Hakikatnya pada masa kini, jika kita tinjau dalam amalan politik Malaysia, masyarakat Malaysia sudah lama menikmati tindakan-tindakan pertengahan dan sederhana. Buktinya, pengamalan politik menindas ahli peribumi dan ahli bukan Islam tidak berlaku di negeri ini bahkan orang India, China, dan lain-lain etnik dari negara lain diterima untuk bermastautin di sini malah diterima sebagai rakyat meskipun tidak pandai bertutur Bahasa Melayu. Seterusnya, kita lihat bagaimana ampuhnya barisan kabinet kerajaan Malaysia pada hari ini yang merupakan campuran pelbagai bangsa, agama dan budaya. Mereka diintegrasikan lantas lahirlah sebuah negara yang mantap ini. Kita lihat pula, Ahli Dewan Rakyat dan Negara, di Dewan Undangan Negeri, juga sedemikian. Nampaknya saudara di belakang sana terangguk-angguk, angguk setuju agaknya.

Warga dewan penggerak wawasan,
Menjurus kepada aspek ketiga di bawah kata kunci “al-Quran Penggerak Kesederhanaan Ibadah”. Tidak dinafikan, Islam itu rahmatan lil ‘alamin. Islam menuntut umatnya mengambil kesenangan dunia tanpa melupakan ukhrawi. Justeru hal ini memerlukan wasatiyyah yang mantap dalam mengecapi maknawiyyah sebenar kehidupan seperti pepatah, hari ini adalah untuk hari esok. Allah masih lagi memerintahkan umatnya agar bekerja dan bukan beribadah semata-mata, dalam Surah al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud “Apabila selesai menunaikan solat maka pergilah kamu semua bertebaran di bumi dan carilah nikmat-nikmat daripada limpah Kurnia-Nya dan perbanyakan sebutan Allah supaya kamu beroleh kejayaan dan keuntungan.” Seandainya Islam menggesa ke arah rohani semata-mata, maka sudah tentunya disuruh solat sahaja dan seandainya untuk duniawi sahaja, itu seolah-olah ke rah melahirkan haiwan yang hidup hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu. Oleh sebab inilah wasatiyyah berlandaskan al-Quran agar tidak menjadi nyior condong, pangkal dipupuk, buahnya jatuh, ke ramai orang. Makin Inilah falsafah hidup Islam yang sangat relevan dengan tabii dan naluri semula jadi manusia. Hadirin, tak sungguh saya tak kata, Bukan lagi indah khabar dari rupa. Nah buktinya, betapa efektifnya al-Quran dalam pembentukan hasanah.

Saudara sidang pendengar yang budiman,
Tuntasnya, dalam menghadapi arus globalisasi pada era kini, kita TIDAK SEHARUSNYA MENINGGALKAN AJARAN al-Quran dalam memacu negara ke arah kemajuan pesat. Penerapan budaya al-Quran waja dipupuk dan dilestarikan dalam masyarakat bagi memacu ummah yang wasatiyyah. Selain itu, kita tidak seharusnya meletakkan permasalahan wasatiyyah itu sendiri di atas bahu kerajaan semata-mata. Kerjasama yang erat antara kerajaan dan semua warga masyarakat tentulah lebih bermakna dan hasilnya kelak, tentunya dapat memuaskan hati semua pihak. Sinonim dengan slogan kerajaan, “Al-Quran Pemacu Wasatiyyah Ummah”. Sekian, saya mengundur diri dengan kalimah suci, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

HAK CIPTA TERPELIHARA SAYIDAH MUSFIRAH, Saat Pena Menari98