Friday, December 18, 2015

OPTIMIS

When we talk about being 'optimis'... It's such, you need to have a postive thinking for your life. Keep postive guys! People looking you. Set in ur mind before the dawn, that.. I'll be better today! Why not "i'll be the best today?". Because ppl always make mistake and you learn from mistakes.

So the different is just superlative and blablabla (when your teacher taught you about this tadaaaa.. tak nak bebel pepanjang guna kamus). Learn from mistake guys! But never making it as your lame excuse. Gituuu.. Stay positive. Life ur live. However it's depend on you how the way you decide to think but honestly the way you think will impact on your days.

Anddd... WHAT U GIVE U GET BACK, DEAR!!! That's karma or in psychology there is a name to explain this contraction and we can call this  as 'LAW OF ATTRACTION'.

Nanti google ya! 😆


WilayahHati™

Berjuang Demi Insan Sejagat itu seperti...

Ada masa, bila kau sakit sangat, kau kena lepas. Lepaskan airmata. Aku pun kadang kadang ada terasa sakit di hati. Dan aku dah tekad. Bila aku sakit, aku akan lepas. Aku dah tak nak pendam. Sebab bila pendam akan makin sakit

Aku dah tak nak tahan. Aku dah tak nak jaga perasaan orang walhal dalam hati aku tanggung sakit. Tu zaman lama. Dah bertahun hati aku terseksa sebab tahan sakit. Jaga perasaan orang padahal orang tak pernah kisah perasaan aku. Dah masanya aku bangun dan bangkit biar tak ada orang dah yang boleh pijak kepala aku. Perlekehkan aku. Rendah kan aku macam aku ni kanak kanak spastik. Lembap sangat tak tahu apa apa.

Dulu memang aku fikir nak jaga hati orang. Tapi aku mula sedar dan faham. Buat apa aku jaga hati orang? Bila aku jaga hati orang, orang tu akan rasa selesa dengan perangai dia dan buat pada orang lain pula. Manusia. Orang tak sedarkan, dia tak sedar. Tuhan gertak sikit dah gelabah nak mati. See?

Kalau hari ini aku terseksa, maka hari esok, akan ada lagi yang merasa seksaan yang aku rasa hari ini tu. Kalau aku tak terseksa hari ini, maka aku menjaga keamanan hati orang lain untuk hari esok. Wallahu 'alam.


WilayahHati™

Sunday, December 6, 2015

TIPS UNTUK MENULIS KARANGAN SPM YANG BERKUALITI

Bismillah.

Sebenarnya entri kali ini saya spesifikkan pada karangan umum. Dan sebenarnya boleh guna kaedah ni untuk semua karangan tapi disebabkan saya kurang mahir dalam karangan berdasarkan bahan yang diberi dek kerana tidak suka terikat, maka saya terasa untuk keluar dari perkara tersebut.

Sejujurnya, untuk menghasilkan hasil penulisan karangan yang tinggi kualitinya agak payah dan saya sendiri hanya berpuas hati dalam sekali dua dengan karangan yang ditulis. Insya allah, kita terus kepada kaedahnya tanpa ocehan yang kian melalut.

1. Banyakkan membaca
Okayh, tipulah kalau pandai macam tu je kan. Dalam konteks ni, pelajar kena pandai pilih bahan bacaan dan saya sendiri lebih cenderung untuk memilih Dewan Siswa kerana konteks pemikiran yang diperlukan sebenarnya agak luar dari konteks pemikiran pelajar biasa jadi ianya mendidik pelajar untuk berfikir luar kotak yang akhirnya membuatkan pemeriksa rasa nak baca lagi lepas periksa.

2. Kumpul Kosa Kata Menarik
Jangan malas! Kumpul kosa kata yang bombastik yang dijumpai dan fahami maknanya serta penggunaannya. Misalnya penggunaan kata ideal, progresif, hutan konkrit, tabloid dan banyak lagi yang kita boleh temui. Dan dalam konteks ni juga, tengok kata-kata yang menarik untuk dimasukkan dalam setiap perenggan macam pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara( okay, ini lapuk sebenarnya bagi saya.) Cuba cari benda yang orang jarang guna, sebab bayanglah, pemeriksa tu baca karangan beratus ratus pelajar dan kita paparkan kat dia isi yang sama? Bosan! Saya datangkan dua ayat yang saya agak gemar gunakan,
♡ Jangan mengira kemajuan itu dilihat berdasarkan kemahiran fizikal yang ada akan tetapi pembinaan sahsiah dan keperibadian yang mantap

♡ Jadilah seperti benih yang apabila dicampak kelaut menjadi pulau, dicampak ketanah menjadi padi, dicampak ke langit menjadi kejora.

Payah? Sila baca langkah ketiga. Fast track.

3. Sertai debat atau pengucapan awam
Dalam perihal ini, ianya menjadi katalis pada seorang pelajar kerana dengan penyertaan ini, pelajar akan menjumpai pelbagai info maklumat dan fakta menarik ketika mencari bahan bukti untuk hujah sendiri. Saya mengakui kebolehan dan kelebihan tips ini kerana saya sendiri menyertainya. Ini sekaligus akan mempercepatkan langkah daripada membaca satu demi satu helaian.

4. Rendahkan ego untuk kata "Saya Tak Tahu"
Dalam masalah ini, cuba rendahkan ego untuk kata tidak tahu dengan guru atau kawan kawan untuk menimba lebih banyak ilmu. Kita hanya pelajar. Ertinya KITA TIDAK TAHU. Baca karangan pelajar yang lebih baik daripada kita.

5. Kaitkan Apa yang Dipelajari Dalam Karangan
Berdasarkan usaha kerajaan kearah KBAT, maka cuba kaitkan melalui subjek lain yang dipelajari. Biasanya Sejarah akan lebih suka mengajak pelajar berfikir di luar kotak. Seperti apakah usaha anda untuk blablabla. Maka daripada skema yang kita tengok dalam soalan sebelum ini boleh kita kaitkan dengan karangan Peranan blablabla untuk blablabla. Macam tu. Cuba kaitkan segalanya.

6. PSIKO Pemeriksa
Haha. Ini memang kena pandai. Pelajar kena lebih banyak bermain emosi. Kalau tak suka, tunjuk tak suka tapi jangan sampai salah guna fakta atau kaitkan isu sensitif. Dan mohon jangan sesekali terlibat dengan karangan yang melibatkan pembinaan cerita berasaskan plot epilog klimaks bagai. Pilih karangan fakta! Dalam elemen ini juga, SILA JAGA TULISAN dan tulis besar besar setiap huruf biar banyak kertas yang terguna dan supaya pemeriksa lebih nampak.

Okay. Itu sahaja. Oh ya. Lepas tulis, tawakal dll. Saya tidak akan mengulas panjang mengenai perihal baca doa itu ini, solat hajat dll sebab ianya terlalu klise dan saya yakin semua pelajar tahu hal itu cuma TERLALU BEDEGIL dan tidak sedar. TAHU TIDAK SEMESTINYA SEDAR. RAMAI ORANG TAHU DIA HAMBA ALLAH TAPI TAK SEDAR.


WilayahHati™

" Jangan Hiasi Futur " by zahra

"Jangan Hiasi Futur"

This topic would be an interesting 'friendly-reminder' for all of us, insyaAllah ❤

You know, when Allah tests you by letting you feels miserable, tired, give up in doing something or i guess in a phase of waiting for someone is more logic and suitable for this topic.

We know that Allah loves His servants. His creatures. But, someone asked me, "If Allah loves His creatures, why did He lets me feeling down, losing people that I love and everything that messed up my mind. Why?"

My answer is, He wants you back. Back to Him. Spending time with Him in our prayers. Thats it. Have you ever think, how many times you spend your time in a day with your friends (?) on instagram? Have you ever think, how long could you spend your solaat and zikr for Allah? If you put these two conditions on balancing equipment, i think we can imagine which one is more to the left or more to the right.

So, pause you mind.
Relax.
Don't be so stress!

The most vital is, "Jangan Hiasi Futur". When you realize that you are out of the right way, are you still keep yourself on that way?

Thats the meaning. When you realize it, it's a part of nikmat from Allah. You know you did so much wrong things, and it leads you to collect sins, please dont go forward ! Stop for a while. Ask yourself. Is Allah bless everything that i've done before this?

Keep calm. Slow down your breath. Wipe your tears.

Allah is the Most Merciful. He knows that His servants will repeat the same thing, He knows His servants will do things that's not applicable in syariah. Then, He still forgive us. Forgive us. And keep forgive us.

Ask again yourself, how could i keep repeating doing sins, while Allah keep forgiving me?

Hope this reminder will help us to not always keep repeating sins. Taubaat, is the right way ;)


WilayahHati™

Tadhiyah Demi Kehidupan Akan Datang

Don't. Just don't.
Even kita happy mana sekalipun,
Just simpan untuk diri kita dan family (someone who we trust more).

Padahnya memang bukan sekarang.
But kemudian hari.
Bila strangers tahu A-Z pasal diri kita, don't blame them. Haha. Salahkan diri sendiri.

Siapa suruh nak update tiap masa pasal diri sendiri.

Nak orang tahu kita bercinta dengan siapa.

Nak orang tahu kita berdating dgn siapa.

Nak orang tahu status diri kita ni macam mana. Haa nak bagitahu kita ni available lah.

Tak perlu. Tak perlu. Tak perlu!!!

5 secs update twitter.
2 secs update wechat.
1 secs update twitter again.

Koje nak menghapdet je.

Lack of secrecy.

Kalau kita reti handle or use social media, kita selamat. Ilaa akhirat insyaAllah.

Kredit : TakeNoteByZhrhs


WilayahHati™

Saturday, December 5, 2015

LIVE YOUR LIFE

Bismillah. Alhamdulillah. Tuhan masih ada belas kasihan pada saya hari ini dengan meminjamkan nafas. Benar kataNya, kalau diminta 7 laut menjadi tinta, takkan pernah cukup untuk menjadi dakwat untuk menulis nikmatnya. Seandainya Allah mengira dosa pahala sebagai alasan untuk hidup buat hamba, mungkin saya sudah tiada atau mungkin semua ummat manusia sedang bertungkus lumus utk menunjukkan kesetiaan mereka pada Dia. Tapi tidak. Tuhan pinjamkan nikmat pada kita utk bagi peluang supaya kita selongkar dunia mencari hidayah namun kita yang selalu tersasar dari jalan kebenarannn (bak kata papazola).

Entri kali ini, judul nya live your life. Sebelum saya mula menghulur bingkisan, saya paparkan suatu bingkisan kata yg saya petik dari sebuah drama yang saya tonton. "LIVE UR LIFE. SMILE if you LIKE. MAD if you dislike. CRY if You HURT."

Kita selalu dengar orang cakap,, lah takde lifee aarhhh. Sebenarnya life tu apa? Entah. Saya sendiri tak tahu nak definisikan sebab lain orang lain pendapat. Tapi bagi saya, apa yang saya faham, daripada bingkisan kata tersebut, ia melatih manusia untuk menjadi MANUSIA. Ya manusia sebenar. Senyum jika suka. Marah jika tidak. Menangis jika sakit. Sudah tiba masanya untuk bangkit daripada omongan kosong sekeliling. Mereka tak tahu kita hadapi. Mereka tak tahu dan tidak berada di atas tapak kita. Mereka tidak tahu apa yangbkita hadapi sehingga kita perlu lakukan itu dan ini. Dan jika kita berbuat baik sekalipun bukan satu jaminan orang akan balas kita baik juga.

Sedangkan nabi yang maasum pun ada yg membenci Baginda. Apa hak kita nak lebih daripada Baginda. TENANG. Baru prolog ini. Apa yang kita perlu hanyalah tetap pada jalan kita jika kita rasa kita benar. Itu sahaja. Kadang kadang teguran dari manusia itu teguran daripada Allah. Ya memang tak dinafikan , sepanjang hidup kita, kita akan jumpa macam macam manusia yg bermulut longkang. Tapi kita kena kuat. Kena tabah. Sebab kita lebih tahu dan Allah melihat kita. Sabar. Tabah.

Percaya sahaja satu saat nanti Allah akan tunjukkan kebenaran. Kita akan jumpa ramai lagi manusia yang teruk daripada yang kita jumpai sekarang. Jalan mudah nak husnuzhon dengan Allah, fikir  sahaja, ini persediaan untuk masa akan datang. 😊 Kadang kadang kita perlu muhasabah balik. Walaupun bukan salah kita, kita kena tengok jugak dan cari kat mana salah kita. Sebab? Sebab mungkin ada celah celah mana yang kita tersilap langkah maka allah cuba tunjukkan dengan suruh kita yang explore. Maka tiada sebab untuk berduka dan merana atas kebahagiaan manusia lain. Teruslah berjalan dan brjuang ibarat aliran sungai yang terus mengalir walaupun ribuan batu menghalang

Ambil wudhuk . Solat taubat . Berdoa. Menangis.

Wallahu 'Alam

Thursday, July 16, 2015

Wilayah Hati, Daerah Cinta

Hati ini,
Telah banyak kau lukai,
Hingga terobek penawarnya tak tercari,
Dan jika pada suatu saat nanti,
Maaf yangt kau pinta atas alasan raya,
Jangan. Tunggu. Berhenti.

Tunggu sehingga kesalahan itu bergunung barulah
kau pinta,
Agar tidak kebosanan aku mendengar kata dusta itu semata
Sampai bila hati ini harus kau seksa
Sampai bila aku harus menanti tangis ini untuk kau seka,
Jika benar kau tidak suka,
Jauhi,
Jangan dekati,
 Untuk jatuhi.

Kita bukan lagi dalam daerah cinta yang sama,
Untuk melakar maknawiah cita yang seiring seperti
dahulu kala
Maka,
Biarlah aku sendiri berjuang dalam wilayah hati ini
Wilayah yang dihujani darah merah
Hingga sungai merah dan tanah merah tercipta.

Andai saja sakititu umpama awan yang gelap
Takkan kau ketemu langit yang cerah
Takkan.
Moga kau tahu
Betapa parah wilayah hati ini

Monday, July 6, 2015

DOA PALING MUSTAJAB


“ Kau doa apa tadi?” tanya si A.

“ Aku doa supaya isteri aku selamat melahirkan anak. “ jawab si B.

“ Insyaallah, Allah tunaikan. Teruskan berdoa.”

ALHAMDULILLAH, petang itu, isteri si B melahirkan anak dengan sempurna.



ESOKNYA..

“ Kau berdoa apa hari nii?” tanya si A lagi pada hari itu.

“Aku berdoa supaya anak aku dapar keputusan cemerlang dalam SPM nya kali ni.” Jawab si B

“Insyaallah, semoga termakbul. Aamiin. “

Dan, alhamdulillah, anak si B mendapat keputusan yang cemerlang. Segala apa yang Si B pinta termakbul.


Suatu hari, bersuaralah si B,

“ Eh, aku tanya sikit boleh? “

“ Apa dia? “ tanya si A.

“ Hmm. Kau  ni, berdoa apa sebenarnya? Aku tak pernah nampak hidup kau senang? Kereta tu pun tak bertukar jugak. Saga buruk tu jugak. Makan pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Keluarga kau, payah jugak aku nampak.”

“ Laaa. Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada ni, B. Ini rezeki yang Allah bagi. Aku terima je. Jangan istidraj sampai aku kufur sudah.”

“ Haha. Kau tak rasa nak usaha lebih ke? Doa banyak lagi. Tengok aku ni ha. Semua yang aku mintak Allah makbulkan. Aku rasa, doa kau tak makbul lah weyh. “ kata si B dengan bongkaknya.

“ Makbul sebenarnya. Cuma kau je tak tahu dan tak sedar.”

“Apa dia?  Mana ada. Aku tak nampak langsung. Haih kau ni. “

“ Kau tahu apa aku doa dalam setiap doa aku?” tanya A.

“ Tak.”

“Aku selalu berdoa pada Allah, minta pada Dia, supaya apa yang kau pinta itu, termakbul. Apa yang kau pinta itu, terlaksana agar kau bahagia. Dan, sekarang lihat, semua doa aku termakbul.” Jawab Si A dengan senyuman.

Diam. Senyum. Butiran air mata gugur.

Nota Kaki dari Mentality:

Bukan senang kan? Bukan senang nama kita nak ada dalam doa seseorang, kalau ada tu, mohon bersyukur. Hadiah tebaik.

ORANG TERPINTAR?


“ Apesal soalan ni? Tak fahamlah.”

“ Peliknya. Bodoh betul soalan ni. Mana beli buku bengap macam ni?”

“ Hmm. Kat kedai buku tu tadi.”

“Kau ni, lain kali nak beli buku, tanya aku. Ni tak. Kan tak pasal-pasal kau pun jadi bodoh.”

“ Hmm. Iya iya. Tapi tak perlulah keluarkan perkataan tu. Tak sedap benar, mendengar.”

“ Haha. Kau belum kenal dunia. Nanti kau dah besar, kau akan faham. Beribu manusia bangsat kau akan jumpa sampai kau keluar caci maki ni.”


Senyum.


“ Hmm, dari segi kesantunan, aku nampak, kau ni dah bukan Melayu. Dari segi Islam, aku nampak, kau ni tak bernabi, atau tak tadabbur Quran. Rasulullah bukan main ajar berbudi bahasa, menuturkan kata-kata berhikmah. Apa kau rasa ajaran Islam tak syumul? Ajaran Islam ni tak berstyle? Boleh je kan, kalau kau diam tak cakap benda tu semua even pada mata kau nampak benda tu jahil sangat. Pahala pun dapat. Melayu pun terpelihara. Ni bukan soal orang zaman sekarang macam mana. Apa Islam ajar, kau kena patuh. Nampak? Lagipun, Barat je yang keluarkan perkataan macam tu. Jangan ikut golongan lain. Rasulullah kata, nanti kau pun tergolong dalam golongan tu kalau kau ikut mereka.”


Diam. Fikir.


TEKNIK PENULISAN KREATIF DAN EFEKTIF


“ Aku dah mati akal dah nak tulis apa. Aduhhh. Ada orang hantar jin ke apa, halang aku ni.”

“ Cuba kau tulis something yang berlainan genre. Macam Islamik ke?”

“ Pergh.. Zaman sekarang mana ada orang nak baca benda cam tu. Orang nak something yang romantik gituhh. “

“ Erkk.. Kau ni, menulis nak dapat nama ke nak menyumbang pada masyarakat, negara dan agama?’

“ Haha. Apa apa pun boleh.”

“ Hmm. Nampak tak?”

“ Apa dia? “

“Aku dah nampak jin yang halang kau tu. Niat kau tu. Jin dalam diri kaulah tu. Niat dah salah. 
Macam mana kau nak dapat ilham. Tak cukup romantik ke Rasulullah dengan Aisyah r.a. ? Tak cukup romantik ke Tuhan dengan kau? Nikmat Dia bagi bergunung ganang sampai kau kufur dan kadang kadang tak sedar istidraj. Belum cukup perghhh?? Adeh.. “

“ Bertazkirah bagai pulak kau. Haha. Aku tanya nak dapat ilham je. Lebih nii.”

“ Hmm. Satu je pesanan aku, kalau betul kau nak karya kau laris dek kejar dunia, even nak kejar akhirat pun, tulislah dengan hati. Sebab bila asalnya dari hati, konfem dia akan kembali semula tertusuk ke hati. Tapi kalau boleh, bermanfaat sikit. Zaman sekarang, orang ramai nak cari Islam tu semula. Akhir zaman kot. Kau pun, pandai-pandailah cari Islam tu balik. Ya? Semoga ketemu Tuhan. “

Nota kaki dari Mentality:
Follow your heart. But remember, bring your brain together.




LAVENDER WANGI? NAK TIPS JAGA LAVENDER?


“Cantik kan, Lavender tu? Bau pun wangi.”

“ Iya, tapi susah nak bela. Berbaloi kalau jaga.”

“ Iyalah. Macam hati kita. Disiram air, dijaga baik, disemai baja, lawa dan wangilah dia. Kalau dijaga macam nak tak nak je, punahlah dia.”

“ Iya, learn from nature. Hebat kan Dia? Berseni Dia.”

“ Iya, macam macam Dia cipta supaya kita berfikir hikmah ciptaan Dia. Cuma kita je yang tak nak fikir. Ada akal, punahkan dengan perkara-perkara lagho. Fikir benda tak penting.”



Senntapp.

TIPS OTAK MENJADI KOMPUTER


“Payahlah belajar Biologi ni. Kalau boleh, aku nak sangat otak macam komputer. Kan best tu? Boleh ingat senang je.”


Hati-hati.


“ Apa kau rasa otak komputer lebih hebat daripada otak kau? Kau tak rasa kau pertikaikan apa yang Allah cipta? Apa kau tahu, ciptaan Dia lebih hebat, dan dia ialah pencipta yang terbaik dari setiap pencipta? Otak kau mampu simpan lebih daripada apa yang komputer mampu simpan. Cuma, masalahnya kau je yang tak pandai nak asah, tak pandai nak manfaat. Nampak?”




Tuesday, April 14, 2015

KBAT's VICTIM ? Ahaa ??

Okayh. I’m blogging this midnight because... Dah janji dengan mereka berdua untuk memecahkan tembok kejahilan selama ini dengan sesuatu yang baru. Okaylah. Maaf kalau pendapat saya malam ini agak merapu. Al-maklumlah, tengah malam. This entry want to discuss about High Order Thinking Skill (HOTS). Okay,, isu panas, terbakar, hangus, rentung, asap. Calon-calon SPM memang akan panas (UPSR tak tahulah ade ke idok KBAT tu).

Bercakap sebagai seorang yang waras, setiap keadaan ada hitam putihnya, betul salahnya dan baik buruknya dan jujur, saya sebagai seorang pelajar,, agak panas apabila isu KBAT diperlekekhkan. Maaf. Berbicara mengenai KBAT,, pelajar akan rasa, “Ah, kerajaan hanya bazir masa!” “Zaman diorang dulu tiada pun KBAT tu semua” “Perlukah menyusahkan kita semua dengan KBAT semua tu! Menjatuhkan pelajar sahaja”.

Maka, saya tertarik untuk mengeluarkan sedikit pandangan. Kawan-kawan, saya mengajak anda semua membuka dewan perdebatan. Oops. Maksud saya, dewan penurunan persepsi. Saya mengajak anda semua membuka minda. Kita berfikir secara waras kembali. Jujur, kewujudan KBAT bagi saya adalah sesuatu yang ideal dan eksplisit. Pertama, kita berfikir secara matang, ya? Kerajaan membazir masa? Sejauh mana kesahihannya. Tidak, kerajaan tidak membazir masa mereka apabila mereka menyedari hakikat sebenar bahawa, IQ seorang pelajar Malaysia pada umur 16 tahun adalah tidak sewajarnya memiliki IQ sedemikian melihat kepada IQ pelajar berusia 16 tahun warganegara Singapura, Brunei. Mereka lebih maju. IQ mereka lebih tinggi. Justeru di manakah kedudukan kita sebenarnya?

Beginikah yang kita inginkan? Beginikah yang kita sibuk ulaskan dalam karangan Bahasa Melayu “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara maju” sedangkan usahanya tidak ke arah itu. Atau kita hanya mencoret di atas kertas semata-mata untuk mendapat gred A yang menjadi kebanggaan. Sebagai perintis, kita wajar memahami niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita wajar berfikir secara bijak. Maaf, ini bukan entri penyokong tegar kerajaan. Mohon mengerti. Kita cuba membuka minda sedikit untuk isu ini.  

Terkadang, kita sibuk menyalahkan pihak lain tanpa mengetahui keadaan dan situasi sebenar. Jangan hanya melihat di dalam. Jangan menjadi hamba teknologi semata-mata. Jangan menjadi katak di bawah tempurung dan jangan pernah sesekali menjadi katak di bawah gelas kaca yang hanya melihat tetapi tidak bertindak.

Seterusnya, kita melihat pula, berapa ramai anak Malaysia kita yang hanya memahami sesuatu secara teori. Saya terasa ingin tergelak saat ini. Budaya menghafal,, semua boleh melakukannya. Apabila ditanya mengenai teori, laju sahaja menjawab. Tetapi, apabila diajak berfikir di luar kotak sedikit, tercengang. Suruh buat praktikal sedikit, kaku. Jangan begitu, anak Malaysia. Jangan sombong begitu. Berfikirlah. Fakkiru ma’an. Fakkiru marraran, la’allakum tatafakkarun.

Kita sibuk mengulas, itu payah, ini payah. Anak-anak di luar sana sudah maju meninggalkan kita beribu batu. (Hey, senyumlah!). Mereka jauh. Adakah pada saat kita yang memegang tampuk pemerintahan, kita juga ingin berada di tahap sama? Statik? Atau mahu generasi kita semakin mundur.

Gerak kerja kedua. Kita ambil satu analogi jika anda mempersoalkan “ZAMAN DULU TIADA PUN SEMUA INI?”. Haha.. Bro, Sis, zaman dulu ada tak hologram?? Zaman dulu ada tak telefon pintar? Dulu kita main telefon bimbit, ada tak Android bagai semua tu?? (JAWAB SENDIRI). Macam tulah umpamanya. Wujud pula soalan, salah mereka. Kenapa mereka perkenalkan?? Salah siapa? Itulah al-kisahnya. Di mana mana pun, kita akan sibuk menuding jari telunjuk kepada orang lain sehingga terlupa empat jari lagi menuding ke arah kita.

Baiklah, saya jawab. Begini. Adakah anda nampak, di sebalik kemajuan itu, siapa yang cipta? Malaysia kah? Kita lihat, mereka semua itu cuba meluaskan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itulah, orang kata, ilmu tidak akan pernah wujud yang sama. Makin lama, ia akan makin berkembang. Mereka perkenalkan, atau mungkin lebih patut, kita diperkenalkan, dengan semua ini, agar kita tidak mundur. Tapi, sayang, seribu kali sayang, perkenalan dan pengenalan itulah yang membuatkan kita merasa “kejutan budaya”. Culture shock.

Maaf. Saya mohon maaf. Tetapi, terkadang kita perlu berfikir secara meluas. Berfikir di luar kotak. Tidak mengambil justifikasi dan analogi yang mudah. Semua jawapan ada pada kita. Cuma, terpulang pada kita, sama ada nak, atau tak nak sahaja. Sekian, minta ampun, minta maaf, sekadar persepsi daripada seorang yang amatur. Bersangka baiklah. Fahamilah niat dan hala tuju sebenar pihak yang bertanggungjawab.


“Aku melakar kata bukan kerana ingin menjatuhkan sesiapa. Tetapi hanya ingin melihat kau bangkit tidak rebah. Seandainya rebah, kau masih punya cahaya sebagai petunjuk. Ingatlah, lilin harapan tidak pernah terpadam. Carilah”.