Tuesday, April 14, 2015

KBAT's VICTIM ? Ahaa ??

Okayh. I’m blogging this midnight because... Dah janji dengan mereka berdua untuk memecahkan tembok kejahilan selama ini dengan sesuatu yang baru. Okaylah. Maaf kalau pendapat saya malam ini agak merapu. Al-maklumlah, tengah malam. This entry want to discuss about High Order Thinking Skill (HOTS). Okay,, isu panas, terbakar, hangus, rentung, asap. Calon-calon SPM memang akan panas (UPSR tak tahulah ade ke idok KBAT tu).

Bercakap sebagai seorang yang waras, setiap keadaan ada hitam putihnya, betul salahnya dan baik buruknya dan jujur, saya sebagai seorang pelajar,, agak panas apabila isu KBAT diperlekekhkan. Maaf. Berbicara mengenai KBAT,, pelajar akan rasa, “Ah, kerajaan hanya bazir masa!” “Zaman diorang dulu tiada pun KBAT tu semua” “Perlukah menyusahkan kita semua dengan KBAT semua tu! Menjatuhkan pelajar sahaja”.

Maka, saya tertarik untuk mengeluarkan sedikit pandangan. Kawan-kawan, saya mengajak anda semua membuka dewan perdebatan. Oops. Maksud saya, dewan penurunan persepsi. Saya mengajak anda semua membuka minda. Kita berfikir secara waras kembali. Jujur, kewujudan KBAT bagi saya adalah sesuatu yang ideal dan eksplisit. Pertama, kita berfikir secara matang, ya? Kerajaan membazir masa? Sejauh mana kesahihannya. Tidak, kerajaan tidak membazir masa mereka apabila mereka menyedari hakikat sebenar bahawa, IQ seorang pelajar Malaysia pada umur 16 tahun adalah tidak sewajarnya memiliki IQ sedemikian melihat kepada IQ pelajar berusia 16 tahun warganegara Singapura, Brunei. Mereka lebih maju. IQ mereka lebih tinggi. Justeru di manakah kedudukan kita sebenarnya?

Beginikah yang kita inginkan? Beginikah yang kita sibuk ulaskan dalam karangan Bahasa Melayu “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara maju” sedangkan usahanya tidak ke arah itu. Atau kita hanya mencoret di atas kertas semata-mata untuk mendapat gred A yang menjadi kebanggaan. Sebagai perintis, kita wajar memahami niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita wajar berfikir secara bijak. Maaf, ini bukan entri penyokong tegar kerajaan. Mohon mengerti. Kita cuba membuka minda sedikit untuk isu ini.  

Terkadang, kita sibuk menyalahkan pihak lain tanpa mengetahui keadaan dan situasi sebenar. Jangan hanya melihat di dalam. Jangan menjadi hamba teknologi semata-mata. Jangan menjadi katak di bawah tempurung dan jangan pernah sesekali menjadi katak di bawah gelas kaca yang hanya melihat tetapi tidak bertindak.

Seterusnya, kita melihat pula, berapa ramai anak Malaysia kita yang hanya memahami sesuatu secara teori. Saya terasa ingin tergelak saat ini. Budaya menghafal,, semua boleh melakukannya. Apabila ditanya mengenai teori, laju sahaja menjawab. Tetapi, apabila diajak berfikir di luar kotak sedikit, tercengang. Suruh buat praktikal sedikit, kaku. Jangan begitu, anak Malaysia. Jangan sombong begitu. Berfikirlah. Fakkiru ma’an. Fakkiru marraran, la’allakum tatafakkarun.

Kita sibuk mengulas, itu payah, ini payah. Anak-anak di luar sana sudah maju meninggalkan kita beribu batu. (Hey, senyumlah!). Mereka jauh. Adakah pada saat kita yang memegang tampuk pemerintahan, kita juga ingin berada di tahap sama? Statik? Atau mahu generasi kita semakin mundur.

Gerak kerja kedua. Kita ambil satu analogi jika anda mempersoalkan “ZAMAN DULU TIADA PUN SEMUA INI?”. Haha.. Bro, Sis, zaman dulu ada tak hologram?? Zaman dulu ada tak telefon pintar? Dulu kita main telefon bimbit, ada tak Android bagai semua tu?? (JAWAB SENDIRI). Macam tulah umpamanya. Wujud pula soalan, salah mereka. Kenapa mereka perkenalkan?? Salah siapa? Itulah al-kisahnya. Di mana mana pun, kita akan sibuk menuding jari telunjuk kepada orang lain sehingga terlupa empat jari lagi menuding ke arah kita.

Baiklah, saya jawab. Begini. Adakah anda nampak, di sebalik kemajuan itu, siapa yang cipta? Malaysia kah? Kita lihat, mereka semua itu cuba meluaskan ilmu pengetahuan. Oleh sebab itulah, orang kata, ilmu tidak akan pernah wujud yang sama. Makin lama, ia akan makin berkembang. Mereka perkenalkan, atau mungkin lebih patut, kita diperkenalkan, dengan semua ini, agar kita tidak mundur. Tapi, sayang, seribu kali sayang, perkenalan dan pengenalan itulah yang membuatkan kita merasa “kejutan budaya”. Culture shock.

Maaf. Saya mohon maaf. Tetapi, terkadang kita perlu berfikir secara meluas. Berfikir di luar kotak. Tidak mengambil justifikasi dan analogi yang mudah. Semua jawapan ada pada kita. Cuma, terpulang pada kita, sama ada nak, atau tak nak sahaja. Sekian, minta ampun, minta maaf, sekadar persepsi daripada seorang yang amatur. Bersangka baiklah. Fahamilah niat dan hala tuju sebenar pihak yang bertanggungjawab.


“Aku melakar kata bukan kerana ingin menjatuhkan sesiapa. Tetapi hanya ingin melihat kau bangkit tidak rebah. Seandainya rebah, kau masih punya cahaya sebagai petunjuk. Ingatlah, lilin harapan tidak pernah terpadam. Carilah”.